{"content":"*   [Utama](#utama)\n*   [RAS](#program)\n*   [Lagu & Jingle RAS](#lagu)\n*   [Aktiviti](#aktiviti)\n*   [MyRAS](https://myras.doe.gov.my/)\n*   [Urus Setia](#urusetia)\n\nRAKAN ALAM SEKITAR\n\n**Pengenalan**\n\nRakan Alam Sekitar (RAS) telah mendapat kelulusan Jemaah Menteri pada tahun 2008 dan dilancarkan pada 4 Jun 2009 oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada masa itu iaitu YAB Tan Sri Muhyiddin Bin Mohd Yassin.\n\nProgram RAS merupakan inisiatif Kerajaan dalam membangunkan kesedaran dan menggerakkan anggota masyarakat dalam aktiviti pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar serta membudayakan amalan lestari. Program ini menyeru anggota masyarakat terlibat secara sukarela menjadi \\`mata dan telinga’ untuk membantu membanteras kegiatan yang mencemarkan alam sekitar.\n\nPada tahun 2013, RAS telah dijenamakan semula dengan Lagu, Motto dan Logo RAS telah diberi satu pembaharuan. Logo RAS yang baru telah menggantikan logo RAS sedia ada manakala Motto RAS baharu telah diperkenalkan iaitu \\`Kami Mahu Gaya Hidup Lestari’ atau \\`We Want A Sustainable Lifestyle’.\n\nPada 29 Mac 2022, Rakan Alam Sekitar 2.0 (RAS2.0) telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air semasa Majlis Perasmian dan Penutupan Program ‘Sustain the World Virtual Camp (STWVC) 2022’ di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan mewujudkan lima (5) kluster utama iaitu:\n\n*   *   *   *   Kluster RAS Agensi\n            *   Kluster RAS Kampus\n            *   Kluster RAS Sekolah\n            *   Kluster RAS Industri\n            *   Kluster RAS Komuniti\n\n**Keahlian Rakan Alam Sekitar**\n\nKeahlian Rakan Alam Sekitar (RAS) terbuka kepada semua warganagera Malaysia tanpa mengira peringkat umur termasuk pelajar sekolah, pelajar institusi pengajian tinggi, pekerja sektor awam / swasta, orang awam dan lain-lain.\n\nPendaftaran keahlian RAS boleh dibuat secara dalam talian melalui portal RAS di pautan **[https://myras.doe.gov.my/](https://myras.doe.gov.my/)**\n\n**LAGU & JINGLE RAKAN ALAM SEKITAR**\n\n**AKTIVITI RAKAN ALAM SEKITAR**\n\n**Aktiviti RAS 2025**\n\n![WhatsApp Image 2025-07-30 at 9.38.07 AM](https://ras.doe.gov.my/wp-content/uploads/2025/07/WhatsApp-Image-2025-07-30-at-9.38.07-AM-1-768x384.jpeg)\n\n**Galeri Aktiviti RAS**\n\n**URUS SETIA RAKAN ALAM SEKITAR**\n\n**Urus Setia Rakan Alam Sekitar**  \nBahagian Komunikasi Strategik  \nJabatan Alam Sekitar  \nKementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam  \nAras 1 – 4, Podium 2 & 3  \nWisma Sumber Asli  \nNo.25, Persiaran Perdana, Presint 4  \nPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan  \n62574 PUTRAJAYA\n\nTel.      : 03-8871 2000  \nE-mel  : myras@doe.gov.my","original_url":"https://ras.doe.gov.my/","word_count":336,"key_claims":["Launched 2009 by Deputy PM","Cabinet approved 2008","Environmental awareness initiative"],"content_summary":"Rakan Alam Sekitar (RAS) is a government environmental awareness initiative launched 2009.","expertise_signals":["Government environmental program","Environmental awareness"]}