{"content":"[\n\n![https://my05.awfatech.com/srias/content/news/newsf1_ss102_1752025565.jpg](https://my05.awfatech.com/srias/content/news/newsf1_ss102_1752025565.jpg)\n\n](#)\n\n### [TAHNIAH DAN SYABAS KEJAYAAN SRIAS PERINGKAT ANTARABANGSA](#)\n\nAlhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah dan syabas atas kejayaan yang sangat membanggakan apabila berjaya melangkah ke peringkat antarabangsa\n\nKejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama diri dan keluarga, malah turut mengangkat martabat sekolah, daerah, dan negara ke persada dunia.\n\nIa juga menjadi bukti bahawa dengan usaha gigih, semangat juang yang tinggi, dan sokongan yang padu, tiada apa yang mustahil untuk dicapai.\n\nKami warga sekolah mendoakan semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang, insya-Allah. Teruskan berusaha, teruskan cemerlang, dan jadilah inspirasi kepada rakan-rakan yang lain.\n\n“Daripada sebuah impian, lahirlah kejayaan. Teruskan melangkah dan cipta sejarah.”\n\nTahniah sekali lagi!\n\nLAGI\n\n* * *\n\n[\n\n![https://my05.awfatech.com/srias/content/news/newsf1_ss102_1752025481.jpg](https://my05.awfatech.com/srias/content/news/newsf1_ss102_1752025481.jpg)\n\n](#)\n\n### [PERTANDINGAN BERCERITA & PIDATO (MTAS)](#)\n\nPERTANDINGAN BERCERITA & PIDATO PIALA KETUA WANITA IKRAM ZON SELATAN\n\nJOHOR BAHRU, 6 Julai 2025 – Pertandingan Bercerita & Pidato Piala Ketua Wanita IKRAM Zon Selatan telah berlangsung di Sekolah Hidayah Johor Bahru dengan penyertaan pelajar dari pelbagai negeri.\n\nNegeri Sembilan menghantar enam peserta dari MTAS, SRIAS, SRIAA dan SRI Al-Fateh.\n\nUntuk kategori pidato sekolah menengah, SMI Batu Pahat dinobatkan Johan, diikuti SM I-Musleh Melaka dan SM Yam Tuan Radin Negeri Sembilan. Sagu hati diberikan kepada peserta dari MTAS dan SMIH JB.\n\nSyabas diucapkan kepada pelajar Muhammad Fawwaz Isyraf bin Istika Tingkatan 4 Al-Biruni yang telah menunjukkan bakat dan keberanian luar biasa dalam Pertandingan Pidato Piala Ketua Wanita IKRAM Zon Selatan 2025!\n\nKejayaan ini membuktikan bahawa usia muda bukan penghalang untuk menyampaikan mesej bermakna dan memperjuangkan nilai murni dalam masyarakat. Teruskan usaha, asah bakat, dan jadilah pemimpin yang berprinsip dan berwibawa!\n\nProgram ini bukan sekadar pertandingan, malah merupakan platform berimpak tinggi dalam memberi ruang kepada anak-anak untuk menzahirkan suara mereka mengenai hak perlindungan, selain memupuk bakat kepimpinan, nilai hormat, kerja berpasukan dan semangat saling membantu – sejajar dengan matlamat Wanita IKRAM dalam membangunkan generasi yang berdaya saing dan berprinsip.\n\nSetinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada para guru pembimbing yang telah mencurahkan masa, tenaga dan tunjuk ajar yang berterusan kepada para peserta.\n\nTerima kasih juga kepada semua penyokong – ibu bapa, rakan-rakan, dan warga sekolah – yang menjadi sumber semangat dan inspirasi kepada anak-anak kita.\n\nKejayaan ini adalah hasil usaha bersama. Semoga terus diberkati dan diberi kekuatan untuk terus membimbing generasi muda yang berpotensi besar!\n\nLAGI\n\n* * *\n\n[\n\n![https://my05.awfatech.com/srias/content/news/newsf1_ss102_1752025287.jpg](https://my05.awfatech.com/srias/content/news/newsf1_ss102_1752025287.jpg)\n\n](#)\n\n### [MUKHAYYAM DALAMAN 2025 (SRIAS)](#)\n\nAktiviti malam Indahnya Kasih Sayang dikendalikan oleh Mlm Ahmad Hariz dan Mlm Asmirul dibantu oleh guru2 praktikal.\n\nLAGI\n\n* * *\n\n[\n\n![https://my05.awfatech.com/srias/content/news/newsf1_ss102_1752025011.jpg](https://my05.awfatech.com/srias/content/news/newsf1_ss102_1752025011.jpg)\n\n](#)\n\n### [DAURAH HADIS (MTAS)](#)\n\nRindu nak duduk dalam majlis ilmu, tazkirah, dan sembang hati ke hati?\n\n![🗓️](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/t5c/1/16/1f5d3.png) Tarikh: 2 Julai 2025\n\n![⏰](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/t34/1/16/23f0.png) Masa: 2.00 - 3.00 petang\n\n![🎯](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/tb0/1/16/1f3af.png) Tema: KEMBALI LAGI – Kembali kepada Allah, kembali kepada sahabat, kembali kepada hati yang tenang\n\n![🤲🏼](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/t6c/1/16/1f932_1f3fc.png) Bawa hati yang ingin berubah, bawa jiwa yang ingin dibaiki. Kita mula semula… bersama-sama.\n\n![▶️](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/t40/1/16/25b6.png)Daurah Hadis\n\n![✅](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/t33/1/16/2705.png) Muwajjih : Ustaz Chamim Thohari\n\n![▶️](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/t40/1/16/25b6.png)Surau Al-Amin\n\n![▶️](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/t40/1/16/25b6.png)buku nota untuk catatan\n\n![✅](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/t33/1/16/2705.png)Objektif Daurah\n\n1\\. Memupuk kecintaan kepada Rasulullah SAW melalui hadis-hadis baginda.\n\n2\\. Memahami maksud dan pengajaran daripada hadis-hadis pilihan.\n\n3\\. Mengaplikasikan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.\n\n![📌](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/tac/1/16/1f4cc.png) 1. Hadis adalah sumber ajaran Islam kedua\n\nSelepas al-Quran, hadis ialah sumber utama hukum dan panduan hidup. Banyak perincian ibadah, akhlak dan cara hidup yang tidak dijelaskan secara lengkap dalam al-Quran, diterangkan oleh hadis Nabi SAW.\n\nContoh:\n\n• Cara solat: “Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat.” (HR al-Bukhari)\n\n• Adab makan, bercakap, berpakaian — semuanya diajar oleh Nabi SAW melalui hadis.\n\n⸻\n\n![📌](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/tac/1/16/1f4cc.png) 2. Menanam rasa cinta kepada Nabi Muhammad SAW\n\nDengan mengenal hadis, pelajar akan lebih menghargai dan mencintai Rasulullah SAW. Mereka bukan hanya tahu kisah hidup baginda, tetapi juga pesanan dan nasihat baginda dalam bentuk sabda.\n\nSabda baginda:\n\n“Sesiapa yang mencintaiku, maka dia akan bersamaku di syurga.”\n\n(HR al-Tirmizi)\n\n⸻\n\n![📌](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/tac/1/16/1f4cc.png) 3. Membentuk akhlak mulia\n\nHadis Nabi SAW sarat dengan pesanan akhlak dan adab — menyuruh kepada jujur, amanah, sabar, hormat ibu bapa dan guru. Ini sangat penting dalam pembentukan sahsiah pelajar.\n\nContoh:\n\n• “Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.” (HR al-Bukhari & Muslim)\n\n⸻\n\n![📌](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/tac/1/16/1f4cc.png) 4. Menjawab persoalan semasa\n\nHadis juga menjawab banyak isu semasa yang mungkin tidak disebut dalam al-Quran secara langsung. Contohnya:\n\n• Etika bergaul\n\n• Adab menggunakan harta\n\n• Larangan meniru budaya negatif\n\n⸻\n\n![📌](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/tac/1/16/1f4cc.png) 5. Asas kepada pemikiran Islam\n\nDengan memahami asas hadis:\n\n• Pelajar dapat menilai sesuatu berdasarkan Islam, bukan ikut perasaan atau pengaruh luar.\n\n• Pelajar juga lebih berilmu dalam berbicara tentang agama, tidak hanya ikut-ikutan.\n\nUNIT TARBIAH MTAS\n\nLAGI\n\n* * *\n\n[\n\n![https://my05.awfatech.com/srias/content/news/newsf1_ss102_1752024902.jpg](https://my05.awfatech.com/srias/content/news/newsf1_ss102_1752024902.jpg)\n\n](#)\n\n### [MUKHAYYAM DALAMAN 2025 (SRIAS)](#)\n\nAlhamdulillah telah selesai mukhayyam dalaman 2025 pd tahun ini.\n\nTahniah dan ribuan terima kasih ana ucapkan kepada semua mlm dan mlmh atas komitmen yang diberikan dalam menjayakan program ini.\n\nSemoga segala penat lelah mlm mlmh diberkati dan mendapat ganjaran yg terbaik di sisi Allah.Semoga Allah memudahkan semua urusan kita sebagaimana kita memudahkan urusan orang lain.\n\nTahniah dan syabas kepada anak2 SRIAS yang menyertai perkhemahan dalaman kali ini.\n\nPertandingan Kawad telah dijalankan di antara kumpulan syabab dan fatayat.\n\nSemua pergerakan telah dinilai oleh ketua Kem Komandan iaitu “Mualimah Norazmaniza”.\n\nAlhamdulillah semua murid dapat membuat dengan baik selama 2 jam latihan yang diberikan.\n\nInshallah pergerakan yang tidak teratur akan menjadi lebih baik pada latihan seterusnya.\n\nTerima kasih kepada ibu bapa yang memberikan kerjasama dan sumbangan makanan untuk anak2\n\nLAGI\n\n* * *\n\n[\n\n![https://my05.awfatech.com/srias/content/news/newsf1_ss102_1752024625.jpg](https://my05.awfatech.com/srias/content/news/newsf1_ss102_1752024625.jpg)\n\n](#)\n\n### [MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH MINGGU PANITIA MATEMATIK (MTAS)](#)\n\nMajlis Penyampaian Hadiah Minggu Panitia Matematik anjuran Unit Kurikulum\n\nTahniah kepada semua pelajar yang telah memenangi semua pertandingan yang dianjurkan\n\nTahniah juga kepada semua pelajar yang telah mengambil bahagian !\n\nHadiah berupa baucer wang untuk pembelian di Koperasi sekolah.\n\nTerima kasih kepada Ketua Panitia Matematik - Mlmh Siti Anisha Binti Azahar bersama Mlmh Afizah abinti Abd Rahman yang telah menjalankan semua pertandingan dan aktiviti dengan lancar\n\nLAGI\n\n* * *\n\n[\n\n![https://my05.awfatech.com/srias/content/news/newsf1_ss102_1752024466.jpg](https://my05.awfatech.com/srias/content/news/newsf1_ss102_1752024466.jpg)\n\n](#)\n\n### [PROGRAM SIHAT SUNNAH ANJURAN JHEAINS](#)\n\nPROGRAM SIHAT SUNNAH ANJURAN JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN ( JHEAINS )\n\nTarikh : 25Jun 2025\n\nHari : Rabu\n\nSasaran : 25 orang murid\n\nTempat : Masjid Saidatina Aisyah Seremban Selatan\n\nGuru pengiring : Ustaz Sallahuddin Sulieman\n\nPengangkutan : Pihak penganjur\n\nPengisian:\n\n1.Ceramah sukan memanah dari kaca mata Islam dan kesihatan\n\n2.Tatacara memanah yang betul menurut sunnah dan kesihatan\n\n3.Praktikal.\n\nPihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih di atas jemputan ini. Banyak pengalaman dan ilmu yang bermanafaat diperolehi untuk anak didik dalam sukan memanah.\n\nLAGI\n\n* * *\n\n[\n\n![https://my05.awfatech.com/srias/content/news/newsf1_ss102_1752024286.jpg](https://my05.awfatech.com/srias/content/news/newsf1_ss102_1752024286.jpg)\n\n](#)\n\n### [MAAL HIJRAH 1447H / 2025](#)\n\nMAAL HIJRAH 1447H / 2025\n\nSempena Maal Hijrah, semangat baru dimulakan dengan aktiviti penuh makna – ceramah yang menyentuh hati dan sesi memasak daging korban yang merapatkan ukhuwah.\n\nTerima kasih buat semua guru dan pelajar yang berganding bahu memasak daging korban.\n\nSeronok tengok semangat kerjasama dan ukhuwah yang terjalin. Alhamdulillah, rezeki dikongsi, kenangan pun terukir!\n\nSambutan Maal Hijrah kali ini lebih bermakna bukan saja diisi dengan ceramah dan aktiviti memasak daging korban, tapi juga sebagai tanda penghargaan buat pelajar cemerlang dalam kokurikulum.\n\nIlmu dapat, perut kenyang, hati senang – semua diraikan\n\nLAGI\n\n* * *\n\n[\n\n![https://my05.awfatech.com/srias/content/news/newsf1_ss102_1751851267.jpg](https://my05.awfatech.com/srias/content/news/newsf1_ss102_1751851267.jpg)\n\n](#)\n\n### [PERTANDINGAN BERCERITA & PIDATO SRIAS](#)\n\nPertandingan Bercerita & Pidato Piala Pertandingan Wanita Ikram Zon Selatan\n\nAlhamdulillah, tahniah buat semua yang telah menyumbang tenaga dan masa menjayakan program hari ini.\n\nKeputusan Bercerita SRI\n\nNO 1 : SRIAS\n\nNO 2 : SRI HIDAYAH DESARU\n\nNO 3 : SRI IMUSLEH\n\nKeputusan Pidato SRI\n\nNO 1 : SRIH JB\n\nNO 2 : SRIAS\n\nNO 3 : SRI DESARU\n\nAlhamdulillah,segala yang dirancang berjaya dilaksanakan.\n\nTerima kasih atas segala penat lelah, curahan idea & keringat. Semoga menjadi pemberat timbangan amal di akhirat kelak.\n\nTerima kasih kepada guru pengiring juga Ketua Wanita NS Hjh Fatimah bt Rasip yang turut hadir dalam pertandingan ini.\n\nTahniah Urusetia Piala Ketua Wanita zon selatan, pengurusan program, layanan terbaik.. tempat sangatt kondusif.. moga Allah ganjari kebaikan kepada semua.. jzzk \n\nKerjasama yang diberikan, hanya Allah yang dapat membalasnya\n\nJazakumullah khairan kathira.\n\nLAGI\n\n* * *\n\n[\n\n![https://my05.awfatech.com/srias/content/news/newsf1_ss102_1751851122.jpg](https://my05.awfatech.com/srias/content/news/newsf1_ss102_1751851122.jpg)\n\n](#)\n\n### [SRIAS ACARA LOMPAT JAUH ( MSSD )](#)\n\nSYUKUR ALHAMDULILLAH DAN TAHNIAH\n\n'AFAAF JAMEELAH BINTI MOHD NUR HAKIM\n\nTEMPAT KE 3 ACARA LOMPAT JAUH ( MSSD ) P11 DENGAN CATATAN JARAK 3.58 METER.\n\nLAGI\n\n* * *\n\n[\n\n![https://my05.awfatech.com/srias/content/news/newsf1_ss102_1751850835.jpg](https://my05.awfatech.com/srias/content/news/newsf1_ss102_1751850835.jpg)\n\n](#)\n\n### [TADIKA ASSAIDIYYAH : BUAH-BUAHAN](#)\n\nTema Mingguan: Buah-buahan\n\nAlhamdulillah, anak-anak Tadika Assaidiyyah seronok belajar sambil bermain minggu ini!\n\n![✅](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/t33/1/16/2705.png) Mengenal nama dan rupa buah-buahan\n\n![✅](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/t33/1/16/2705.png) Merasai pelbagai tekstur kulit buah\n\n![✅](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/t33/1/16/2705.png) Belajar bahawa semua buah diciptakan oleh Allah Yang Maha Pencipta\n\n![✅](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/t33/1/16/2705.png) Menikmati rasa manis, masam dan segar dari buah-buahan\n\n![✅](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/t33/1/16/2705.png) Aktiviti kemuncak: Membuat jus buah sendiri!\n\nPembelajaran yang menyeronokkan, menanam rasa syukur dan cintakan ciptaan Allah sejak kecil.\n\nLAGI\n\n* * *\n\n[\n\n![https://my05.awfatech.com/srias/content/news/newsf1_ss102_1751850682.jpg](https://my05.awfatech.com/srias/content/news/newsf1_ss102_1751850682.jpg)\n\n](#)\n\n### [PELANCARAN KELAB ROBOTIK SRIAS](#)\n\nPelancaran Kelab Robotik SRIAS dengan kerjasama UTM Skudai.\n\nPenyelaras Kelab Robotik, Mlmh Ili Nabilah yang mewakili SRIAS turut serta dalam perbincangan bersama wakil UTM.\n\nTurut serta ialah YDP PIBG SRIAS Ir Muhannad bin Jamil.\n\nKelab ini akan mula dijalankan pada 9 Ogos 2025.\n\nLAGI\n\n* * *","original_url":"https://ppasb.edu.my/","word_count":1495,"key_claims":["SRIAS international achievement congratulations"],"content_summary":"Insufficient content for extraction.","expertise_signals":[]}