{"content":"**Aktiviti: MABIT TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH MUSLEH (TKRSM)**\n\nSekolah Rendah Islam Integrasi Al-Amin (Putra Mahkota) telah berjaya menganjurkan program **MABIT (Malam Bina Iman dan Taqwa)** bagi murid **Tunas Kadet Remaja Sekolah Musleh (TKRSM)** yang melibatkan murid-murid Tahap 2. Program ini telah berlangsung bermula pada **jam 10.00 malam, 6 Mac, Sabtu hingga 8.00 pagi, 7 Mac, Ahad**.\n\nProgram MABIT merupakan salah satu **aktiviti wajib dalam unit beruniform TKRSM** yang memberi penekanan kepada pembinaan sahsiah, kepimpinan serta pengukuhan nilai kerohanian dalam diri murid. Berbeza dengan perkhemahan badan beruniform yang lain, MABIT lebih memfokuskan kepada **pembinaan iman, penghayatan ibadah serta pengukuhan jati diri seorang muslim** dalam kalangan murid.\n\nSepanjang program berlangsung, para murid telah mengikuti pelbagai pengisian yang bersifat **tarbiah dan pembinaan rohani**, antaranya sesi tazkirah, qiamullail, solat berjemaah, refleksi diri serta aktiviti pembangunan kepimpinan (hirosah). Pengisian ini bertujuan untuk membentuk murid yang bukan sahaja cemerlang dari sudut akademik dan kokurikulum, malah memiliki **kekuatan rohani, disiplin diri dan semangat kepimpinan** yang tinggi.\n\nSelain itu, program ini juga memberi peluang kepada murid untuk merasai pengalaman bermalam bersama rakan-rakan terutamanya kepada murid tahun 4 dalam suasana yang terkawal dan berdisiplin, sekali gus mengukuhkan nilai **kerjasama, tanggungjawab dan ukhuwwah** dalam kalangan murid.\n\nMabit diakhiri dengan perkongsian daripada Muallim Muda Izzat bersempena Nuzul Quran dengan tajuk: Al-Quran Melahirkan Generasi Rabbani.\n\nDiharapkan melalui penganjuran program seperti ini, murid-murid dapat membina **keperibadian muslim yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek**, selaras dengan matlamat pendidikan sekolah dalam melahirkan generasi yang beriman, berusaha dan memimpin.\n\nPihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru, alumni yang turut hadir serta pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha ini menjadi satu langkah bermakna dalam membentuk generasi pelapis yang **berjiwa pemimpin dan berpegang teguh kepada nilai-nilai islam.**","original_url":"https://alaminputra.edu.my/","word_count":286,"key_claims":["Integrated Islamic primary school at Putra Mahkota","MABIT program for character building","TKRSM cadet activities"],"content_summary":"Al-Amin Putra is an integrated Islamic primary school with religious and cadet programs.","expertise_signals":["Islamic education","Character development","Cadet training"]}