{"content":"### JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA\n\nSekapur Sirih,\n\nJabatan Pengairan dan Saliran Malaysia sentiasa meningkatkan usaha dalam penyampaian perkhidmatan awam bagi menguruskan aduan awam dengan lebih cekap dan berkesan melalui inisiatif mengguna pakai Sistem Pengurusan Aduan Awam  (SISPAA). Sistem ini diharap dapat memperkasakan lagi pengurusan aduan di Jabatan ini selaras dengan perkembangan dunia ICT pada masa kini yang semakin meluas dan keterbukaan pada saluran komunikasi yang lebih mudah dan pantas. Pihak Jabatan berharap agar orang awam akan menggunakan ruang ini sebagai salah satu platform yang dapat mendekatkan rakyat dan kerajaan selaras dengan memenuhi matlamat negara.","original_url":"http://water.spab.gov.my/eApps/system/index.do","word_count":95,"key_claims":["Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia","Uses SISPAA complaint system"],"content_summary":"JPS Malaysia manages water and drainage services with SISPAA for public complaints.","expertise_signals":["Water infrastructure","Public administration"]}