{"content":"### Hadith Pilihan\n\n### Sifat Sedekah dan Pemaaf\n\nDaripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Harta tidak akan berkurangan dengan sebab sedekah. Dan Allah tidak menambah kepada seseorang hamba dengan sebab kemaafan yang diberikan (kepada orang lain) melainkan kemuliaan kepadanya dan tiada merendah diri seseorang itu melainkan Allah akan mengangkatkan darjatnya”.\n\n(Riwayat Muslim)\n\n### Kelebihan Solat di Masjid\n\nDaripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda, “Sesiapa yang pergi ke masjid di waktu pagi atau petang, Allah SWT menyediakan untuknya sesuatu hidangan yang biasa diberikan kepada tetamu syurga bagi setiap kali ia pergi ke masjid sama ada pagi atau petang”.\n\n(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)\n\n### Mengeratkan Silaturahim\n\nDaripada Abu Ayyub Khalid bin Zaid al-Ansari RA bahawasanya seorang lelaki berkata “Wahai Rasulullah, beritahu daku tentang amalan yang membolehkan aku masuk syurga.” Jawab Rasulullah, “Beribadatlah kepada Allah, janganlah menyekutukan dengan sesuatu, dirikan sembahyang, keluarkan zakat dan eratkan hubungan silaturahim.”\n\n(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)\n\n### Merendah Diri terhadap Orang-orang yang Beriman\n\nDaripada Anas RA bahawasanya dia berjalan melintasi beberapa orang kanak-kanak lalu dia memberi salam kepada mereka dan katanya, Nabi SAW sentiasa berbuat demikian.\n\n(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)\n\n### Memberi Sedekah Kepada Yang Memerlukan\n\nDaripada Abdullah bin Amru RA, bahawasanya seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW, “Apakah amalan yang terbaik dalam Islam?” Baginda bersabda, “Memberi makan makanan dan memberi salam kepada orang engkau kenal dan orang yang engkau tidak kenali”.\n\n(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)","original_url":"https://pij.gov.my/","word_count":235,"key_claims":["Government Islamic organization in Johor","Publishes selected hadith from authentic collections","Content sourced from Riwayat Muslim, Riwayat al-Bukhari, and Riwayat al-Bukhari dan Muslim","Topics include charity, prayer, family ties, and humility"],"content_summary":"PIJ (Perbadanan Islam Johor) is a Johor state Islamic organization providing religious content including authenticated hadith and Islamic teachings.","expertise_signals":["Islamic hadith education","Johor Islamic affairs","Authentic hadith collections","Religious guidance"]}