{"content":"Jabatan Bantuan Guaman (JBG) ialah suatu jabatan kerajaan yang memberikan khidmat bantuan guaman kepada mereka yang layak berpandukan Akta Bantuan Guaman 1971. Melalui perkhidmatan ini, rakyat yang kurang berkemampuan berpeluang mendapat perkhidmatan guaman pada kadar yang lebih rendah daripada Kerajaan sebagai alternatif kepada perkhidmatan yang ditawarkan oleh peguam swasta.\n\nBidang kuasa JBG adalah meliputi perkara berikut:\n\n1) Nasihat guaman atas segala perkara\n\n2) Bantuan guaman dalam perihal prosiding (Litigasi) perkara-perkara berikut : \n\ni)   Perkara Jenayah\n\nii)  Perkara Sivil (sivil pelbagai)\n\niii) Perkara kekeluargaan sivil\n\niv) Perkara kekeluargaan syariah\n\n3) Pengantaraan bagi kes syariah dan sivil\n\n4) Khidmat Pendamping Guaman","original_url":"https://jbg.spab.gov.my/eApps/system/index.do","word_count":99,"key_claims":["Legal aid under Akta Bantuan Guaman 1971","Lower rates for less affluent citizens"],"content_summary":"JBG provides government legal aid at lower rates under statutory framework.","expertise_signals":["Legal aid administration","Access to justice"]}