{"content":"**Sekolah Islam Al-Rahman** ditubuhkan pada tahun 2003, merupakan sebuah institusi pengajian Islam swasta yang terletak di **Bandar Tun Hussein Onn, Cheras.** Tekad & Dedikasi kami adalah untuk menyediakan pendidikan **Agama & Akademik** secara holistik bagi melahirkan insan yang cemerlang **Duniawi & Ukhrawi.** Dikelolakan sepenuhnya oleh _**AL SAFFIAAI GROUP SDN BHD.**_\n\n**Sekolah Islam Al-Rahman** menawarkan pendidikan bermula dari sekolah rendah sehingga sekolah menengah yang terdiri daripada: Kelas Agama & Fardhu Ain **(KAFA)**, Sek. Ren. Islam Integrasi **(SRII)** & Sek. Men. Agama. Tinggi **(SMAT)**.\n\nDengan hasrat untuk melahirkan anak bangsa berjiwa Rabbani, wujudlah Sekolah Menengah Agama Tinggi Al-Rahman yang bermatlamat menginsankan remaja ke arah mengenal tuhan. \n\nBertemakan moto ‘Berilmu, Beramal, Bertakwa’ Sekolah Rendah Islam Al-Rahman memulakan langkah pertama pada tahun 16 Mac 2013 untuk mendidik pelajar di peringkat sekolah rendah.\n\nMeneruskan agenda Jabatan Agama Islam Selangor, Sekolah Rendah Islam Al-Rahman atau dikenali sebagai Kelas KAFA telah ditubuhkan selaras dengan tujuan penubuhan sekolah-\n\n“Didikan agama adalah perkara penting yang perlu diberi perhatian selain pencapaian cemerlang dalam akademik. Pembangunan yang seimbang hanya mampu dicapai sekiranya masyarakat hari ini berjaya menguasai bidang agama dan pada masa yang sama mencipta kejayaan dalam bidang profesional.”\n\nAlmarhum Haji Saffiaai Bin. Haji Juri – Mantan Pengerusi (2003-2022)\n\nSebagai sebuah institusi agama, Al-Rahman berhasrat untuk melahirkan generasi murabbi yang berjaya di dunia dan akhirat disamping menjadi role model kepada masyarakat di luar sana sebagai ikon Islamik.\n\nDengan tekad untuk membina modal insan yang berjaya di dunia dan akhirat, barisan guru-guru Sekolah Islam Al-Rahman berikrar dengan sepenuh hati untuk memberikan sepenuhnya yang terbaik kepada anak didik Al-Rahman.","original_url":"https://alrahman.edu.my/","word_count":256,"key_claims":["Established 2003 in Bandar Tun Hussein Onn, Cheras","Holistic Islamic and academic education","Managed by AL SAFFIAAI GROUP SDN BHD"],"content_summary":"Sekolah Islam Al-Rahman is a private Islamic school since 2003 in Cheras.","expertise_signals":["Islamic education","Integrated curriculum","Faith-based institution"]}