{"content":"Takrifan\n--------\n\nInfo Gadaian Ar Rahnu YaPEIM Premier\n------------------------------------\n\nSkim Ar Rahnu \n\nMerujuk kepada skim pajak gadai yang menjalankan transaksi/urusniaga gadaian berlandaskan konsep syariah (pelaksanaan secara Islam).\n\nTawarruq     \n\nMerujuk kepada urusniaga muamalah (perbuatan) melibatkan dua peringkat. Pada peringkat pertama pembelian aset antara pembeli dan penjual. Manakala pada peringkat kedua, pihak pembeli akan menjual aset kepada pihak ketiga. Penglibatan tiga (3) pihak yang tiada kaitan antara satu sama lain.\n\nAr Rahn\n\nMerujuk kepada suatu barang berharga dijadikan sandaran yang terikat dengan hutang (pembiayaan) bercagar yang boleh dibayar dengannya sekiranya hutang tersebut tidak dijelaskan. \n\nIjarah Al-Khadamat\n\nMerujuk kepada kontrak sewaan bagi perkhidmatan atau upah simpan.\n\nBai Musawamah      \n\nMerujuk kepada jual beli aset yang tidak melibatkan pendedahan kos pembelian dan keuntungan kepada pembeli.\n\nWakalah        \n\nKontrak Syariah di mana satu pihak, sebagai prinsipal (muwakkil) memberi kebenaran kepada pihak lain sebagai ejennya (wakil) untuk melaksanakan tugas tertentu dalam hal-hal yang diwakilkan, dengan atau tanpa sebarang yuran.\n\nPerkhidmatan Kami\n-----------------\n\n![Francais Ar Rahnu](https://arrahnupremier.com.my/wp-content/uploads/2024/12/Musawamah.png)\n\n### Francais Ar Rahnu\n\nMenawarkan perniagaan francais jenama Ar Rahnu YAPEIM Premier beserta khidmat nasihat untuk koperasi-koperasi yang berminat menceburi perniagaan pajak gadai Islam.\n\n![](https://arrahnupremier.com.my/wp-content/uploads/2025/01/Screenshot-2025-01-15-at-9.51.07 AM.png)\n\n![Pelaksana Latihan & Kursus](https://arrahnupremier.com.my/wp-content/uploads/2025/01/IMG_9777-scaled.jpg)\n\n### Pelaksana Latihan & Kursus\n\nProgram latihan dan kursus komprehensif untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan operasi.\n\n![Perundingan Ar Rahnu](https://arrahnupremier.com.my/wp-content/uploads/2024/12/Tawarruq.jpg)\n\n### Perundingan Ar Rahnu\n\nMenyediakan khidmat perundingan untuk pembukaan dan pengoperasian perniagaan Ar Rahnu\n\nSyarat & Kelebihan\n------------------\n\nMargin pembiayaan adalah 70%\n----------------------------\n\nHad maksimum pembiayaan untuk satu (1) SAG adalah RM25,000.00.\n--------------------------------------------------------------\n\nJumlah pembiayaan terkumpul bagi seorang Pelanggan tidak boleh melebihi RM100,000.00 (tidak termasuk upah simpan)\n-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------\n\nKos permulaan francais Ar Rahnu YaPEIM Premier RM500,000​\n---------------------------------------------------------\n\nSertai Kami dan Kembangkan Perniagaan Ar Rahnu Koperasi Anda\n------------------------------------------------------------\n\nMahu mengembangkan perniagaan koperasi anda? Kini tiba masanya untuk mengambil peluang emas dengan menyertai kami dalam francais Ar Rahnu YaPEIM Premier. Menawarkan perkhidmatan gadaian emas yang dipercayai dan patuh syariah, kami memberi sokongan penuh kepada koperasi-koperasi di seluruh Malaysia untuk berkembang pesat dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada komuniti. Klik untuk lebih lanjut\n\n![](https://arrahnupremier.com.my/wp-content/uploads/2024/12/bg01-809x1024.jpg)\n\nApa yang Kami Tawarkan:\n-----------------------\n\n*   Sokongan penuh dalam pengurusan perniagaan Ar Rahnu\n*   Latihan dan bimbingan berterusan\n*   Sistem operasi yang mudah dan cekap\n\n### Jadilah sebahagian daripada kami dan buka peluang perniagaan baru yang menguntungkan! Hubungi kami hari ini untuk maklumat lanjut!\n\nRakan Niaga\n-----------\n\n![](https://arrahnupremier.com.my/wp-content/uploads/2024/12/Logo-YSV-Baru-1024x645.png)\n\nYAPEIM Smart Venture Sdn. Bhd. (YSV) merupakan salah satu institusi milik penuh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM). YSV telah ditubuhkan pada Mac 2011 berperanan sebagai gerbang perniagaan dan pusat setempat untuk produk Ar Rahnu YAPEIM Premier. Selain itu, YSV juga berfungsi sebagai perunding bagi koperasi-koperasi di Malaysia yang berminat dengan perniagaan Ar Rahnu.\n\n##### Pertanyaan umum\n\n*   admin@ysv.com.my\n*   +603-8211 5731\n\nYAPEIM Smart Venture Sdn Bhd\n\nTingkat 1, No.33, Hub Perindustrian Suntrack, Off Jalan P/1A, Seksyen 13, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.\n\n© Copyright 2024 Ar Rahnu YAPEIM Premier Develope By rekaweb","original_url":"https://arrahnupremier.com.my/","word_count":469,"key_claims":["Ar Rahnu YaPEIM Premier Islamic pawn scheme"],"content_summary":"Ar Rahnu YaPEIM offers Islamic pawn broking services.","expertise_signals":["Islamic pawn"]}