{"content":"Pengenalan\n----------\n\nPembinaan Masjid Baiturrahman Alam Sari telah mendapat kelulusan dari Jabatan Agama Islam Selangor pada 3 Januari 2020 (JAI.Sel.BPM/01/018/17). Masjid yang dianggarkan bernilai RM 30 juta akan dibina di tapak seluas 3.51 ekar yang telah disediakan oleh pemaju, I&P Group Sdn Bhd, iaitu sebuah anak syarikat SP Setia Berhad yg bernaung di bawah syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB). Masjid ini boleh menampung sehingga 4,000 jemaah pada satu-satu masa memandangkan kepadatan penduduk Alam Sari sendiri akan mencecah hampir 20,000 penduduk apabila kesemua fasa telah siap dan diduduki sepenuhnya.\n\n[Lebih Lanjut](https://baiturrahman.my/index.php/profil/)","original_url":"https://baiturrahman.my/","word_count":90,"key_claims":["Masjid Baiturrahman Alam Sari","Approved by JAIS 3 January 2020"],"content_summary":"Masjid Baiturrahman Alam Sari was approved by JAIS in January 2020.","expertise_signals":["Mosque community"]}