{"content":"**PERAK**: Seramai 5000 orang hadir terdiri dari anggota tentera dan orang awam ke Majlis Sambutan Hari Raya Adilfitri Peringkat Tentera Darat (TD) yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bertempat di Padang Kawad Markas 2 Div Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) pada 7 Ogos 2015.\n\nMajlis bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara semua peringkat anggota disamping beramah mesra dengan tetamu yang hadir dan acara dimeriahkan lagi dengan pemberian duit raya kepada kanak-kanak yang hadir oleh PTD.\n\nTurut Hadir Panglima Medan Barat, Lt Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim, Panglima Medan Timur, Lt Jen Datuk Mohd Zaki Hj Mokhtar, Panglima Logistik, Mej Jen Dato’ Pahlawan Mohd Razif Hj Idris, Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Fadzil Mokhtar, Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Zambrose Mohd Zain.  \n\\[divider style=”solid” top=”20″ bottom=”20″\\]  \n\n[Back to top button](#go-to-tie-body)","original_url":"https://btdm.my/index.php/2015/08/07/sambutan-aidilfitri-peringkat-td/","word_count":141,"key_claims":["Malaysian Army (Tentera Darat) news portal","Covers military events and commemorations","Event in Perak: 5000 attended Hari Raya event"],"content_summary":"Berita Tentera Darat is the Malaysian Army news portal covering military events and activities.","expertise_signals":["Military news","Malaysian Army","Defense reporting"]}