{"content":"###### **Daftar Akaun**\n\nPendaftaran akaun boleh dilakukan dengan mengklik butang 'Daftar Sekarang', masukkan maklumat pengguna yang ingin mendaftar dan klik butang \"Hantar\".\n\n###### **Penukaran Password**\n\nKata Laluan dapat diubah dengan membuka Profil di kanan atas layar dan mengklik butang 'Kemaskini Kata Laluan'.\n\n###### **Tetapan Kemaskini Akaun**\n\nPergi ke Profil Pengguna untuk mengemaskini tetapan akaun.\n\n###### **Lupa Kata Laluan**\n\nSekiranya anda terlupa kata laluan anda dan tidak dapat log masuk, sila klik Lupa Kata Laluan pada skrin log masuk sistem dan ikuti langkah-langkah yang disenaraikan.\n\n###### **Sebagai seorang warganegara Malaysia, bolehkah saya menggunakan No. Pasport sebagai maklumat Kad Pengenalan saya?**\n\nTidak. Permohonan anda akan dibatalkan, dan akaun anda akan disekat. Warganegara Malaysia hendaklah menggunakan No. MyKad sebagai maklumat Kad Pengenalan.\n\n###### **Saya warga asing dan ingin memohon Sijil Kelakuan Baik. Apakah yang perlu saya letakkan sebagai Kad Pengenalan saya?**\n\nSila gunakan pasport semasa anda yang masih aktif dan sah sebagai maklumat Kad Pengenalan anda.\n\n###### **Kewarganegaraan Malaysia saya telah dilucutkan baru-baru ini. Jika saya pernah berdaftar dengan e-Konsular menggunakan Kad Pengenalan saya, adakah saya masih boleh menggunakan akaun sedia ada?**\n\nAnda dikehendaki untuk membuat akaun baharu menggunakan pasport semasa yang aktif dan sah sebagai maklumat Kad Pengenalan. Sila buat permohonan untuk menyahaktifkan akaun sedia ada anda kepada skb\\_admin@kln.gov.my.\n\n###### **Saya telah mencuba untuk mendaftar e-Konsular namun terdapat ralat mengatakan bahawa Nombor Kad Pengenalan saya telah digunakan untuk pendaftaran. Apa yang saya perlu buat?**\n\nDalam kebanyakan situasi, ia adalah kerana anda telah mendaftar ke sistem e-Konsular. Sila log masuk ke sistem dan tetapkan semula butiran log masuk jika anda lupa maklumat log masuk.\n\n###### **Saya lupa butiran log masuk saya. Boleh awak tolong?**\n\nSila buat permohonan untuk tetapan semula maklumat log masuk anda kepada skb\\_admin@kln.gov.my.\n\n###### **Saya hanya menetapkan semula kata laluan tetapi sistem memaklumkan ID Pengguna juga salah. Apa yang perlu saya buat?**\n\nDalam sistem eKonsular, terdapat tiga (3) cara untuk mendapatkan semula akses jika anda terlupa maklumat log masuk:\n\n1\\. \\*\\*Lupa Kata Laluan Sahaja\\*\\*  \nPilih pilihan ini jika anda masih ingat ID Pengguna tetapi terlupa kata laluan.\n\n2\\. \\*\\*Lupa ID Pengguna Sahaja\\*\\*  \nPilih pilihan ini jika anda ingat kata laluan tetapi terlupa ID Pengguna anda.\n\n3\\. \\*\\*Lupa Kata Laluan dan ID Pengguna\\*\\*  \nPilih pilihan ini jika anda terlupa kedua-duanya – ID Pengguna dan kata laluan.\n\nSila pastikan anda memilih pilihan yang tepat mengikut maklumat yang anda masih ingat bagi memudahkan proses pemulihan akses.\n\n###### **Bagaimana saya boleh kemaskini nama, alamat emel, atau nombor pasport saya dalam sistem eKonsular?**\n\nAnda boleh mengemaskini maklumat seperti nama, alamat emel, dan nombor pasport melalui Profil Pengguna anda di dalam sistem eKonsular.  \nSila log masuk ke akaun anda dan pergi ke bahagian Profil Pengguna untuk membuat sebarang perubahan pada maklumat peribadi anda.\n\n###### **Saya tersalah masukkan nombor MyKad dalam sistem. Bagaimana saya boleh kemaskini nombor MyKad saya?**\n\nJika anda tersalah memasukkan nombor MyKad, anda perlu mendaftar akaun baru. Ini kerana dalam sistem eKonsular, hanya satu nombor kad pengenalan yang dibenarkan untuk setiap akaun pengguna.\n\nSelepas mendaftar akaun baru, sila maklumkan kepada pihak admin untuk membatalkan akaun lama anda agar tidak digunakan lagi.\n\nPastikan anda menggunakan nombor MyKad yang betul semasa pendaftaran untuk mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari.\n\n###### **Saya menggunakan emel ejen / Emel saya tidak lagi aktif. Bagaimana saya boleh kemaskini emel saya?**\n\nAnda perlu menghubungi Meja Bantuan atau pihak Konsular untuk meminta kemaskini emel kepada alamat emel yang aktif.\n\nUntuk tujuan keselamatan, anda perlu mengemukakan gambar pengenalan diri (contohnya MyKad atau pasport) bagi tujuan verifikasi identiti sebelum emel anda dikemaskini oleh pihak pentadbir sistem.\n\n###### **Saya terus emel ke Meja Bantuan untuk tukar kata laluan apabila tamat tempoh. Apa yang perlu saya lakukan sebenarnya?**\n\nJika anda log masuk dan kata laluan anda tamat tempoh, sila semak emel berdaftar anda terlebih dahulu.\n\nSistem akan menghantar emel ke alamat emel berdaftar anda di dalam e-Konsular untuk proses penukaran kata laluan.\n\nPastikan anda menukar kata laluan dalam tempoh 24 jam kerana pautan tersebut akan tamat selepas tempoh itu.\n\nJika pautan sudah tamat, anda boleh cuba log masuk semula, dan sistem akan menghantar pautan baharu yang juga sah selama 24 jam.\n\n###### **Akaun saya disekat kerana tidak membayar atau mengambil sijil lama. Apa yang perlu saya lakukan?**\n\nJika akaun anda disekat, sila hubungi pihak Konsular untuk maklumat lanjut.\n\nAkaun anda mungkin disekat disebabkan beberapa isu seperti kegagalan membuat pembayaran atau tidak mengambil sijil lama.\n\nAnda boleh menghubungi Konsular melalui emel di [skb\\_admin@kln.gov.my](mailto:skb_admin@kln.gov.my) atau telefon di +603 8000 8000.\n\n###### **Berapa lamakah masa permohonan diproses?**\n\nTempoh proses permohonan adalah antara 30 hingga 90 hari mengikut hari bekerja.\n\n###### **Apakah Sijil Kelakuan Baik?**\n\nSijil Kelakuan Baik ialah dokumen yang digunakan untuk mengesahkan bahawa seseorang individu tidak mempunyai kesalahan atau rekod jenayah sepanjang tempoh menetap di Malaysia.\n\n###### **Berapa lamakah tempoh sah laku Sijil Kelakuan Baik?**\n\nTempoh sah laku sijil adalah satu (1) tahun dari tarikh kelulusan. Walau bagaimanapun, negara/syarikat tertentu memerlukan sijil dengan tarikh kelulusan kurang daripada satu (1) tahun.\n\n###### **Jika saya mempunyai sebarang pertanyaan tentang SKB, kepada siapa saya boleh kemukakan pertanyaan ini?**\n\nSebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui e-mel kepada Unit SKB: skb\\_admin@kln.gov.my.\n\n###### **Siapa yang boleh membuat permohonan Sijil Kelakuan Baik?**\n\nWarganegara, pemastautin dan warga asing yang pernah menetap di Malaysia (sekurang-kurangnya 6 bulan) boleh memohon Sijil Kelakuan Baik.\n\n###### **Pasport saya telah tamat tempoh. Bolehkah saya memohon tanpa pasport yang aktif?**\n\nPasport yang aktif adalah wajib untuk membuat permohonan Sijil Kelakuan Baik.\n\n###### **Bolehkah saya menggunakan pas lawatan saya atau mana-mana pas lain sebagai butiran pasport?**\n\nPasport yang aktif adalah wajib untuk membuat permohonan Sijil Kelakuan Baik.\n\n###### **Bagaimanakah cara saya memohon Sijil Kelakuan Baik?**\n\nPermohonan Sijil Kelakuan Baik boleh dibuat melalui sistem e-Konsular (pautan: https://ekonsular.kln.gov.my/)  \nUntuk mengetahui lebih lanjut mengenai langkah-langkah untuk memohon SKB, sila rujuk video di bawah:  \nhttps://www.youtube.com/watch?v=ycuvkiJCFnM\n\n###### **Adakah terdapat alternatif lain untuk memohon Sijil Kelakuan Baik selain menggunakan e-Konsular?**\n\nMulai 1 Julai 2013, permohonan Sijil Kelakuan Baik hendaklah dibuat secara dalam talian melalui sistem e-Konsular.\n\n###### **Bolehkah sijil dihantar melalui e-mel?**\n\nTidak, pengguna hanya boleh muat turun di sistem atau cetak sijil secara fizikal.\n\n###### **Berapakah tempoh yang diberikan kepada pengguna untuk memuat turun atau mencetak Sijil Kelakuan Baik selepas pembayaran dibuat?**\n\nSijil Kelakuan Baik boleh dimuat turun dalam tempoh 7 hari selepas pembayaran dibuat. Jika tidak dimuat turun dalam tempoh tersebut, pengguna perlu membuat bayaran semula untuk mendapatkan sijil.\n\n###### **Permohonan saya ditolak, dan saya tidak pasti dokumen sokongan apa yang perlu dimuat naik. Apa yang perlu saya lakukan?**\n\nPenolakan permohonan mungkin berlaku kerana kekurangan dokumen sokongan yang diperlukan. Berikut adalah contoh dokumen sokongan yang disarankan untuk dimuat naik mengikut jenis permohonan:\n\n1\\. \\*\\*Surat Tawaran Pekerjaan\\*\\*  \n\\- Jika permohonan berkaitan dengan urusan pekerjaan di luar negara.\n\n2\\. \\*\\*Surat Tawaran Belajar\\*\\*  \n\\- Jika permohonan berkaitan dengan pengajian di institusi luar negara.\n\n3\\. \\*\\*Bukti Menetap di Luar Negara\\*\\* (contohnya bil utiliti seperti elektrik, air, atau internet)  \n\\- Untuk membuktikan anda menetap di luar negara.\n\n4\\. \\*\\*Surat Visa/Arahan daripada Kerajaan negara destinasi\\*\\*  \n\\- Jika anda diminta oleh pihak berkuasa luar negara untuk mengemukakan dokumen seperti Sijil Kelakuan Baik.\n\nPastikan dokumen yang dimuat naik adalah jelas, sah, dan relevan dengan tujuan permohonan anda. Jika masih tidak pasti, anda boleh hubungi pihak kami untuk mendapatkan penjelasan lanjut.\n\n###### **Bolehkah saya kemaskini maklumat selepas permohonan dihantar?**\n\nKemaskini hanya boleh dilakukan sebelum permohonan dihantar, iaitu semasa status permohonan berada dalam draf sahaja.\n\nNamun, jika permohonan anda ditolak, anda masih boleh kemaskini maklumat. Pastikan anda semak sebab penolakan permohonan terlebih dahulu sebelum menghantar semula permohonan yang telah dikemaskini.\n\n###### **Bagaimana saya boleh memuat naik dokumen atau gambar baru selepas permohonan saya ditolak oleh Konsular?**\n\nPemohon wajib mengemaskini atau memuat naik segala maklumat atau dokumen yang diperlukan sendiri. Tidak dibenarkan untuk meminta meja bantuan atau sesiapa yang tidak dikenali untuk melakukannya bagi pihak anda.\n\nPastikan semua maklumat dan dokumen yang dimuat naik adalah tepat dan lengkap untuk mengelakkan penolakan semula permohonan.\n\n###### **Saya mahu mendapatkan sijil dengan segera, tetapi status permohonan saya masih baru dihantar. Apa yang perlu saya buat?**\n\nPemohon tidak boleh mendesak untuk mendapatkan sijil dengan segera sekiranya status permohonan masih baru dihantar. Semua permohonan akan diproses mengikut prosedur yang telah ditetapkan.\n\nTempoh kelulusan adalah antara **30 hingga 90 hari waktu bekerja**, bergantung kepada semakan dan pengesahan oleh pihak berkuasa yang berkaitan.\n\nPemohon wajib menunggu proses ini selesai sebelum sijil boleh dikeluarkan.\n\n###### **Saya ingin semak status permohonan saya, tetapi setelah disemak, permohonan masih belum dihantar. Apa yang perlu saya buat?**\n\nPemohon perlu memastikan permohonan telah dihantar sepenuhnya.\n\nJika status masih menunjukkan **“Draf”**, ini bermakna permohonan anda masih belum dihantar ke dalam sistem untuk diproses.\n\nSila semak semula dan pastikan status permohonan telah bertukar daripada **“Draf”** kepada **“Permohonan Baru”**. Hanya permohonan yang telah dihantar akan diproses oleh pihak berkenaan.\n\n###### **Saya menerima mesej bahawa saiz gambar atau gambar passport tidak mengikut spesifikasi. Di mana saya boleh rujuk maklumat lanjut?**\n\nSila rujuk maklumat spesifikasi gambar yang telah disediakan di ruangan muat naik gambar dalam **Tab 4** (Permohonan Sijil Kelakuan Baik).\n\nPastikan gambar yang dimuat naik memenuhi semua syarat dari segi saiz, latar belakang, dan kualiti.\n\n###### **Saya tidak pasti bagaimana untuk mengisi permohonan Sijil Kelakuan Baik di eKonsular. Di mana saya boleh dapatkan panduan?**\n\nAnda boleh merujuk **Panduan Pengguna** yang tersedia dalam sistem eKonsular melalui menu “Manual”.\n\nSebagai alternatif, anda juga boleh terus ke pautan berikut untuk melihat panduan pengguna:\n\n🔗 [https://ekonsular.kln.gov.my/manual](https://ekonsular.kln.gov.my/manual)","original_url":"https://ekonsular.kln.gov.my/helpdesk/external","word_count":1536,"key_claims":["e-Konsular registration guide"],"content_summary":"Insufficient content for extraction.","expertise_signals":[]}